SEJARAH PERKEMBANGAN KAMPUNG LAKAI
DI NEGERI SEMBILAN
DISEDIAKAN : NORASMIDA IDORA BINTI
MOHD NORPIZAN
SMA DATO’ KLANA PETRA MAAMOR
KONTEKS KAJIAN :
Sejarah
perkembangan Kampung Lakai telah bermula
pada tahun 1937. Pada ketika itu, Kampung Lakai baru berakhir dengan Darurat Komunis
.Pada tahun 1961 ,Kampung Lakai kembali pulih .Ketika darurat komunis ,5 orang penduduk yang terawal menetap di kampung
lakai iaitu Mohd Yusof ,Mohd Kilau ,Mohd Ahmad,Mohd Tahan Bin Benar ,dan Mat
Yassin .Mereka 5 orang dapat merasai kesan daripada darurat komunis
.Keluasan tanah di Kampung Lakai dianggarkan kira –kira 80
hektar tanah .Asal- usul nama Kampung Lakai berasal dari Kampung Orang Asli
.Nama Kampung Lakai diberi oleh salah seorang penduduk Kampung Orang Asli iaitu
Batin Silun ayah kepada Batin Manap .Selepas itu, barulah diberikan kepada
Datuk Baginda mat Yusof salah seorang penduduk yang telah lama menetap di
Kampung Lakai.Pada tahun 1964, Kampung Lakai telah berkembang dan penduduk
Kampung Lakai telah ramai menetap di Kampung Lakai dan mendirikan rumah untuk
tempat tinggal mereka .Selepas penduduk Kampung Lakai telah ramai dan
berkembang satu perjumpaan Mesyuarat telah diadakan untuk membuat pemilihan dan
perlantikan ketua kampung dan ahli jawatankuasa kampung.Pada tahun 1965
wujudlah Tok Empat iaitu dinamakan sebagai ketua kampung .Ketua kampung yang pertama di Kampung Lakai ialah Ludin Bin
Sulaiman .Pada tahun 1965 ,Penubuhan UMNO di Kampung Lakai telah ditubuhkan
.Selepas penubuhan UMNO perlantikan ketua cawangan telah diadakan di Kampung Lakai
salah seorang telah dilantik iaitu Mohd
Yusof. Kampung lakai telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian
pertama ialah kampung Ilir seberang dan
bahagian kedua ialah kampung Marung. Kampung Ulu Marung diberi nama kerana terletak di Ulu
kampung dan kampung Ilir seberang kerana terletak di hujung kampung dan perlu
menyeberang sungai.



No comments:
Post a Comment